Saturday 22 October 2011

Mahasiswa dan Politik


Mahasiswa..satu perkataan yang akan sangat membanggakan seseorang jikalau dia memilikinya.Tetapi sedarkah apa itu maksud sebenar mahasiswa?Apakah yang membuatkan seseorang itu ingin sangat memiliki “title” ini? Mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Mahasiswa sekarang sudah pandai menilai yang mana baik dan mana buruk(tetapi ada juga yang bengab dan bodoh)
Keutamaan Mahasiswa - Apakah peranan utama mahasiswa?
  • Peranan paling utama mahasiswa ketika di universiti adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan sebaik mungkin.
  • Di dalam dunia serba moden, tidak ada tempat untuk mahasiswa yang tidak cemerlang penguasaan ilmunya.
  • Selain menjadi pakar dalam bidang pengajian, mahasiswa juga mesti memaksa diri menjadi `all rounder’ di mana mahasiswa mesti cuba menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, seperti kemahiran dalam bidang kejuruteraan, ICT, kemahiran berbahasa asing, pengurusan organisasi, pemasaran dan sebagainya.
  • Untuk bersaing secara global, Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam Sains dan Teknologi.
  • Kemahiran berpolitik dan pengurusan boleh diperolehi melalui penglibatan dalam persatuan-persatuan pelajar tanpa perlu melibatkan diri dalam parti-parti politik pembangkang yang lebih cenderung untuk memperalatkan pelajar demi kepentingan politik mereka sendiri
  • Mahasiswa yang inginkan kepimpinan mereka memberi makna mereka harus persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, latihlah diri untuk berfikiran terbuka dan berpandangan luas, elakkan konflik dan suburkan semangat kerjasama untuk pembangunan.
Mahasiswa sekarang tidak asing lagi didalam dunia politik. Suara mereka akan didengar dan golongan ini jugalah yang dicari oleh ahli politi negara untuk kepentingan politik mana-mana parti. Golongan ini adalah yang bakal akan menterajui negara (bukan semuanya pun)kerana dengan ilmu yang ada inilah yang akan membuatkan dia dipandang tinggi oleh masyarakat(tak caya cuba pergi ke kawasan kampung, tanya anak2 mak cik dan pak cik yang masuk Universiti, “confirm’ mereka ini akan keluarga mereka akan bergembira menceritakan kepada orang ramai bahawa anaknya telah berjaya menjejakan kaki ke Universiti. Masa ini, kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam pun sanggup dibuat.
Seperti penulisan saya diatas, mahasiswa tidak asing dengan politik. Ini kita boleh lihat, di universiti juga telah diajarkan supaya berpolitik. Contohnya apabila pemilihan Presiden ataupun erti kata lain ketua pelajar. Tengok apa mereka akan buat. Sama seperti mengundikan? Menyediakan manifesto, pergi ke setiap bilik memperkenalkan diri(bagi yang tinggal di asrama lah), lepas tu plak penuh gambar mereka dilihat dilekatkan di dinding, digantung dilaluan pelajar dan macam-macam lagi la.
 Mahasiswa sekarang banyak berlindung di belakang parti politik. Hasil nya, jika parti politik memberi pendapat, maka gelabah lah mahasiswa untuk mencari alasan membenarkan pendirian tersebut. Malang sekali potensi yang ada sudah ditambat pada tunggul parti politik. Ada baik nya AUKU melarang mahasiswa dari menyertai parti politik. Kita sudah ada lapangan perjuangan di kampus. Buat apa kita sibuk kan diri dengan parti politik. Masuk saja kelab atau persatuan di IPT. Aktifkan diri, tonjolkan bakat anda. Jika anda benar-benar berbakat, sudah tentu akan ada tempat untuk anda dalam parti.
Realiti sebenar kehidupan seorang mahasiswa dengan dunia sebenar. Sumber-Diskusi Aspirasi anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)di Putrajaya bersama dengan Tan Sri Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sdr Ahmad Wafi Saheda, YDP MPP Universiti Sains Malaysia (USM) dan 430 mahasiswa dari pelbagai universiti.
Realiti yang pertama;
1. Tidak ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke universiti untuk berpolitik, sebaliknya mereka menghantar anak-anak mereka dengan harapan yang tinggi agar mereka menumpukan seluruh perhatian kepada pelajaran dan membawa pulang bukan saja ijazah, tetapi kejayaan yang cemerlang.

2. Tidak ada kerajaan yang bertanggung jawab di atas wang rakyat, akan membenarkan tumpuan pelajar-pelajarnya, lebih-lebih lagi yang ditajanya, terganggu akibat politik.

Realiti kedua;

Benar, sebagai golongan terpelajar, mahasiswa merupakan harapan negara bagi memacu kemajuan negara dalam pelbagai bidang. Mahasiswa juga merupakan harapan bagi mewarisi persada kepimpinan negara.

Walaupun ada pandangan yang mengatakan;
  • “Mahasiswa adalah agen perubahan. Pada masa yang sama terdapat peruntukan Perlembagaan atau akta yang banyak sangat frasa `tidak boleh’ berbanding `boleh’.”
  • “Kita bercakap tentang mahasiswa sebagai peneraju kecemerlangan masyarakat, kita menyentuh tentang peranan mahasiswa dalam kestabilan politik, ekonomi dan sosial, kita berbicara tentang peranan mahasiswa dan globalisasi sedangkan semuanya ada had-had dan batasan-batasan tertentu yang lazim dilihat sebagai kekangan perlaksanaan peranan.”
  • “Kalau dalam negara malah dalam universiti pun sukar untuk digegarkan suara mahasiswa, maka apa perlu bercerita hal-hal globalisasi atau kesejagatan?”
namun realitinya:
  • Mahasiswa tidak lagi merupakan `agen perubahan’ dan bukan lagi peneraju kecemerlangan masyarakat. Mahasiswa telah kehilangan keistimewaan ini akibat menurunnya jurang intelektualisme di antara mahasiswa dan masyarakat.
  • Dalam tahun 1960 – 1970an peranan ini mungkin kerana masih belum ramai dalam masyarakat yang berpendidikan tinggi. Bagaimanapun struktur sosial sekarang telah berubah kerana mahasiswa hanyalah `ratusan ribu pelajar tanpa ijazah yang belum pasti mendapat pekerjaan’, berbanding dengan sejumlah pemegang ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di dalam masyarakat.
Realiti ketiga:

Adalah satu mitos, bahawa mahasiswa di luar negara yang tidak dikekang oleh AUKU akan menjadi pemimpin yang lebih baik berbanding mahasiswa di dalam negara. Mungkin mereka di luar negara boleh berbahasa Inggeris dengan lebih baik dan mempunyai pengalaman hidup di bawah pentadbiran negara lain, namun dari segi latihan serta pendedahan sosio-politik dalam konteks Malaysia, mahasiswa tempatan mempunyai kelebihan.

Soal penglibatan dalam Kelab UMNO bukan soal yang relevan kerana pertama tujuan Kelab UMNO adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu dan Malaysia di luar negara kerana suatu masa dahulu ada pihak di dalam UMNO yang beranggapan bahawa tanggung jawab bagi menjaga kebajikan pelajar ini harus diuruskan oleh satu organisasi. Tidak salah jika orang UMNO yang memikirkan soal ini tampil ke hadapan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia di sana dan menamakan organisasi itu sebagai Kelab UMNO. Tidak ada sesiapa pun yang menghalang jika Kelab DAP atau Kelab PAS hendak ditubuhkan di luar negara.

Realiti keempat;

AUKU tidak menghalang mana-mana mahasiswa untuk mempunyai aspirasi pembangkang atau kerajaan. Selama ini kita tahu sejak dulu lagi ada kumpulan yang menyokong aspirasi kerajaan dan aspirasi pembangkang. Bagi mahasiswa yang lebih penting adalah aspirasi mahasiswa itu sendiri. Keduanya, kenapa harus membawa kebejatan politik luar ke dalam kampus sehingga taktik-taktik kotor dan aspirasi yang tiada kaitan dengan soal dalam kampus dijadikan modal dalam kempen Majlis Perwakilan Pelajar? Apa tujuannya? Sewajarnya kampus menjadi medan untuk mahasiswa terdidik dan membudayakan politik baru; politik muafakat dan politik partisipasi.

Realiti Kelima

Dalam konteks order baru dunia dan globalisasi sentiasa terdapat peraturan dan batasan yang menghalang seseorang pemimpin dan sesebuah negara dari melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. YB bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri tidak dapat melakukan banyak perkara kerana terdapat batasan dan halangan yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa. Dunia tanpa halangan hanyalah satu konsep. Kebijaksanaan dan sikap pragmatik merupakan kemahiran yang diperlukan dalam dunia yang penuh batasan ini. Tegasnya dalam dunia ini kita tidak mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik kita. Kita hanya mendapat apa yang kita rundingkan untuk menjadi milik kita. ‘We get what we negotiate for.’ Dan, kita tahu di dalam Malaysia, Tun Dr Mahathir adalah di antara jururunding negara yang terbilang dan diakui oleh masyarakat antarabangsa.

            Secara kesimpulannya, jika mahasiswa mahu menyumbang kepada negara, mereka perlu jadi lebih bijak dan kreatif. Mahasiswa adalah ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna yang murni. Mereka perlu menghidupkan politik baru dan berpolitik secara yang bermaruah.

No comments:

Post a Comment